Jumaat, 13 November 2009

KERAJAAN PERIHATIN

Baru-baru ini Kerajaan Barisan Nasional melalui salah satu ajensinya iaitu MARA telah menganjurkan Program Pembasmian Kemiskinan Kursus Menjana Pendapatan Peringkat GIATMARA Negeri Pahang. Program ini telah diadakan pada 8 - 13/11/2009 di beberapa tempat di sekitar Temerloh dan Maran. Berbagai kursus yang telah dijalankan iaitu Kursus Penternakan Ikan Keli Komersial, Kursus Kek dan Pasteri, Kursus Fotografi, Kursus Andaman dan Solekan Pengantin, Kursus Jahitan Pakaian Wanita dan Kursus Tanaman Cili Fetegrasi.

Peserta-peserta yang mengikuti kursus tersebut dipilih daripada kalangan orang miskin yang diambil daripada senarai E-Kasih dan nama-nama yang dihantar oleh JKKK. Terdapat juga daripada kalangan mereka tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional telah terpilih sebagai peserta kursus tersebut. Ini membuktikan ketelusan dan tiada sikap pilih kasih kerajaan Barisan Nasional dalam membantu serta memastikan semua rakyat dapat merasai nikmat kemakmuran negara ini tanpa mengira fahaman politik mereka.
Setelah tamat kursus mereka ini telah diberikan peralatan yang secukupnya untuk memulakan projek mengikut bidang kursus yang mereka ambil. Peralatan-peralatan adalah bernilai ribuan ringgit dan ianya telah diberikan bercuma. Kursus tersebut juga adalah percuma malahan peserta ini juga telah diberikan elaun sara hidup sebanyak RM 35.00 sehari dan elaun tambang perjalanan sebanyak RM 50.00 seorang.

Mereka yang dipilih mengikuti kursus ini seharusya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah hari ini kerana tiada kerajaan yang sebaik ini yang sayangkan rakyatnya dan membantu mereka bermacam-macam perkara. Mereka ini juga seharusnya dapat memikirkan serta menilai keupayaan dan ketelusan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah hari ini. Pepatah melayu ada berkata, ' orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa' dan 'madu yang diberi, takkanlah dibalas pula dengan tuba'.
Melalui program ini juga membukti bahawa kesungguhan kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat serta telah berusaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini. Kerajaan Barisan nasional telah membelanjakan hampir RM 4.5 juta bagi merealisasikan program ini. Ternyatalah slogan yang dibawa oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia iaitu ' 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' bukanlah omong-omong kosong dan ianya telah dipraktikkan.
Kini terpulanglah kepada mereka untuk menjana pendapatan dan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan. Kerajaan telah membantu dan memberikan segalanya. ' kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih'.