Selasa, 14 Julai 2009

Perpaduan Melayu

PRAKTIKAL TIDAK SEMUDAH TEORI

Semasa kempen pilihanraya umum ke 12 yang lalu parti-parti politik yang menamakan diri mereka 'pakatan rakyat' telah menaburkan berbagai janji. Janji-janji yang ditaburkan adalah seperti kebajikan rakyat, kerajaan yang amanah dan sebagainya.

Kejadian pengambilan tanah oleh konsortium di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang baru-baru telah menampak kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat yang di terajui oleh DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat gagal menyelesaikan isu tersebut. Malah Ketua Menteri juga telah membuat kenyataan meminta Kerajaan Pusat menyelesaikan bagi mengalih perhatian rakyat diatas kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat. Reaksi balas Kerajaan Pusat memaklumkan bahawa segala isu yang berkaitan dengan tanah adalah dibawah kuasa kerajaan negeri. Ini jelas menampakkan kekurangan pengalaman pemimpin Pakatan Rakyat untuk mentadbir sesebuah kerajaan.

Baru-baru ini salah seorang ADUN Selangor iaitu Naib Presiden PKR iaitu YB. Azmin Ali telah secara terbuka meminta EXCO Negeri Selangor dirombak. Ini juga mengambarkan kegagalan Menteri Besar dan EXCO PR mentadbir sesebuah kerajaan.

Semasa kempen pilihanraya kecil DUN Manik Urai baru-baru ini YAB. Timbalan Perdana Menteri telah mencabar Menteri Besar Kelantan supaya menyenaraikan perkara-perkara berkaitan dengan agama dan pembangunan negeri yang telah di laksanakan oleh kerajaan pimpinan PAS selama 20 tahun memerintah. Sehingga sekarang belum ada maklumbalas daripada Menteri Besar Kelantan. Sebenarnya tiada apa yang boleh disenaraikan kerana kerajaan PAS Kelantan gagal mengotakan apa yang dikata.
Begitu juga di Kedah, ugutan DAP Kedah untuk menarik diri daripada gabungan Pakatan Rakyat disebabkan kerajaan negeri memusnahkan tempat penyembelihan babi adalah juga mengambarkan kerapuhan pakatan mereka.

Kepincangan dan kegagalan kerajaan PR menyelesaikan beberapa isu juga jelas menggambarkan PAKATAN RAKYAT sebenarnya gagal melaksanakan apa yang dijanjikan di pentas-pentas ceramah mereka . PR juga merupakan satu pakatan atau gabungan parti yang sangat rapuh kerana ideologi dan halatuju perjuangan parti gabungan mereka amat berbeza.





Isnin, 13 Julai 2009

warischenor

Selamat datang dan salam perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.