Khamis, 9 Disember 2010

BERMULA ERA PALANIVEL, SUBRAMANIAN TAWAN HATI PENGUNDI INDIA

pix_gal0

MESYUARAT Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang berlangsung Isnin lalu menyaksikan perubahan kepemimpinan yang cukup bersejarah dalam parti komponen ketiga terbesar Barisan Nasional (BN) itu.

Cakap-cakap di kalangan ahli MIC dan masyarakat India selama ini, bilakah Datuk Seri S Samy Vellu akan berundur daripada kepemimpinan parti kini sudah terjawab apabila Timbalan Presiden parti, Datuk G Palanivel dilantik sebagai Presiden MIC kelapan.

Selepas mempengerusikan mesyuarat CWC parti buat kali terakhir, tarikh 6 Disember 2010 menyaksikan Samy Vellu yang memimpin MIC selama 31 tahun sejak 1979 berundur mengosongkan kerusi nombor satu parti.

sumber berita harian

kata warischenor:

Dengan perubahan pucuk pimpinan MIC, diharap dapat membawa sinar baru dan membawa halatuju yang lebih baik khususnya dalam mengembalikan sokongan masyarakat india kepada Barisan Nasional.

Tumpu agenda transformasi politik – Hisham

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu memberi tumpuan kepada agenda transformasi politik seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membangkitkan isu-isu kecil untuk keuntungan peribadi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang permasalahan atau isu-isu yang terbuku di hati seharusnya disuarakan melalui saluran yang betul seperti dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN.

“Saya nak nasihatkan pemimpin BN, sekiranya terdapat masalah atau isu-isu terbuku bawalah dalam mesyuarat BN. Salurannya ada dan ia wujud daripada dahulu lagi.

“Sekiranya diluahkan menggunakan saluran lain ia akan menjadi tanda tanya apa sebenarnya matlamat kita sebagai pemimpin sekiranya saluran sedia ada tidak digunakan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada Konvensyen BN, Ahad lalu yang antaranya menuntut supaya pemimpin UMNO jangan menggunakan perkataan ketuanan Melayu kerana ia berkaitan dengan konsep hamba dan tuan.

Soi Lek turut meminta supaya sebarang polisi yang dibuat tidak diumum dalam Majlis Tertinggi UMNO atau Perhimpunan Agung UMNO dan UMNO tidak bersikap seperti ‘big brother’ kerana dalan BN tidak ada abang sulung atau adik bongsu.

Hishammuddin berkata, beliau ada mendengar rungutan mengenai rasa tidak puas hati beberapa pemimpin terhadap kenyataan Soi Lek dan ahli MCA lain yang berucap pada konvensyen BN baru-baru ini.

sumber: utusan malaysia


kata warischenor:

1. Tidak sewajarnya Presiden MCA Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek menyentuh ketuanan melayu dan UMNO dalam ucapannya semasa Konvensyen Barisan Nasional baru-baru ini. Jika ada perkara perlu dibangkit yang menyentuh parti gabungan BN, maka beliau sewajarnya membawa dalam mesyuarat Majlis Tetinggi Barisan Nasional sahaja

2. Warischenor banyak menerima maklumbalas daripada pimpinan UMNO yang menghadiri koinvensyen tersebut yang melahirkan rasa terkilan dengan isi ucapan Presiden MCA itu.

3. Warischenor juga berpendapat nada percakapan Presiden MCA itu lebih kurang sama dengan nada percakapan pemimpin pembangkang. Beliau perlu memikirkan perpaduan dalam Barisan Nasional adalah lebih utama berbanding dengan desakan daripada kaumnya yang sejak akhir-akhir ini menuntut bermacam-macam perkara.


Anwar terus gugat sistem kehakiman negara?



KUALA LUMPUR 8 Dis. – Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugat kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara berhubung kes liwatnya berterusan apabila beliau membawa Ahli Parlimen Bebas dari Australia, Senator Nick Xenophon untuk mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.



Ketua Pembangkang itu berkata, Xenophon berada di Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang dan persatuan hak asasi manusia selain menjadi pemerhati dalam perbicaraan kes liwatnya.



“Tetapi, memandangkan kes itu (liwat) telah ditunda, Nick mengambil keputusan untuk datang ke Parlimen bagi memerhatikan persidangan di sini,” katanya.



Xenophon mendakwa, 61 orang Ahli Parlimen Australia iaitu kira-kira satu perempat daripada keseluruhan ahli Parlimen negara tersebut telah menyuarakan sokongan kepada Anwar yang kini sedang menghadapi tuduhan liwatnya itu.




sumber: Utusan Malaysia




warischenor: Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah semakin terdesak dalam menghadapi perbicaraan kes lewatnya sehingga meminta bantuan daripada sahabat Ahli Parlimen Australia yang perangai dan keinginannya sama dengan beliau.

Rabu, 8 Disember 2010

Amal prinsip Rukun Negara - Tun Abdullah

Oleh SHOLINA OSMAN pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini supaya tidak lupa mengamalkan prinsip Rukun Negara.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, ini kerana prinsip Rukun Negara diwujudkan supaya ia menjadi amalan rakyat di negara ini untuk menikmati kehidupan yang sentiasa aman.

"Malah, Rukun Negara dihasilkan daripada gabungan pemikiran mereka yang mahu melihat negara ini selamat untuk didiami oleh rakyat yang berbeza anutan agama,'' katanya.
sumber: Utusan Malysia

kata warischenor: Memang ada segelintir rakyat yang bukan sahaja tidak mengamalkan prinsip rukun negara malah sudah berani mempertikaikan perkara-perkara yang tidak boleh disentuh (Institusi Raja dan hak keistimewaan orang melayu) yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kepada rakyat yang cintakan keamanan negara dan perpaduan antara kaum seharusnya sedar dan bangkit menentang golongan / mereka yang suka memburuk-burukkan negara sendiri dan mahukan kstabilan politik yang ada hari tergugat...
Jangan terjerat politik sempit

MARAN - Rakyat diminta tidak terjebak dengan aliran politik sempit dan berbahaya yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, perkara itu disedari apabila terdapat pihak tertentu yang ghairah mempersoalkan perkara yang dipersetujui dalam Perlembagaan Negara termasuk berkaitan Perkara 153.

Menurutnya, lebih malang lagi ada dari kalangan orang Melayu yang mempersoalkan perkara itu sedangkan ia digubal untuk mempertahankan hak dan keistimewaan masyarakat kaum tersebut.

‘‘Orang Melayu perlu rasional menyokong mana-mana parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bagi mengelakkan mereka dijadikan batu loncatan untuk mencapai cita-cita songsang pihak lain.

sumber: Sinar Harian

warischenor: Dah berbuih mulut pemimpin-pemimpin kerajaan memperingatkan tentang perpaduan antara kaum dan hak keistimewaan orang melayu.... Rakyat khususnya orang melayu harus sedar dan tidak terpengaruh dengan dakyah daripada segelintir orang melayu yang tak ada sifat melayu, gila kuasa dan sanggup menggadaikan bangsa demi cita ke Putrajaya...
Pas tersasar jauh sanggup belakangi ayat al-Quran, hadis

KOTA BHARU 8 Dis. - Pas telah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya sehingga sanggup membelakangi ayat-ayat Allah dengan menjadikan orang bukan Islam sebagai rakan seperjuangan.

Mudir Pondok Pok Kerai, Mohamed Zainal Abidin Awang berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan tidak kisah sekiranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri nyata terpesong daripada ajaran al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, Pas lebih mementingkan sekutu politiknya sehingga sanggup menjual serta membelakangi ayat-ayat al-Quran dan sekiranya tindakan itu dibiarkan tidak mustahil Malaysia akan dijual oleh golongan Melayu yang mendakwa faham agama tetapi daif mengenai hakikat Islam dan ketuanan bangsa.

Sumber: Utusan Malaysia

warischenor : Demi mempertahankan sekutunya Nik Aziz sanggup buat apa saja termasuk mengadai agama dan mambelakangi al-Quran dan hadis.. inilah jadinya orang yang berkawan dengan syaitan...
Bantuan banjir diberi tanpa pilih bulu - Najib

09/12/2010 1:53pm

ALOR SETAR 9 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua mangsa banjir diberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

"Saya telah sampaikan arahan kita mesti beri bantuan kepada semua mangsa banjir... jangan pilih bulu yang biru ke yang hijau ke asal dia mangsa banjir, kerajaan pusat tetap beri bantuan.

Sumber :Utusan Malaysia


warischenor : Tidak seperti Kerajaan PAS Kedah yang memberi bantuan memilih bulu dan mengaku pulak bantuan tersebut dari kerajaan negeri walaupun kerajaan pusat yang beri ... ini ke cara pemerintahan Islam...

PERTAHANKAN KEDAULATAN MELAYU

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.
“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.
sumber UM

warischenor - Rakyat Malaysia terutama kaum bukan melayu dan segelintir orang melayu yang tak mahu lagi jadi melayu harus sedar dan tidak lagi mempertikaikan perkara-perkara yang telah termakatub dalam perlembagaan negara. Apa lagi yang mereka mau... ?

CUCU MAT KILAU KELUAR PKR?

Baru-baru ini pad 26/11/2010 Akhbar Utusan malaysia telah melaporkan penulis bolg terkenal Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yangmerupakan penyokong tegar parti DSAI telah mengambil keputusan meninggalkan parti PKR
Ramai dikalangan pemerhati politik menganggap keputusan beliau meninggalkan parti tersebut telah memberikan satu lagi tamparan kepada perjuangan PKR. Apakah beliau benar-benar meninggalkan PKR atau hanya satu strategi pimpinan parti bagi mengurangkan isu salah laku liwat DSAI.
warischenor juga ada menerima beberapa maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai telah menyatakan bahawa CMK masih lagi bersama PKR dan meneruskan aktiviti-aktiviti untuk parti tetapi tidak secara terang-terangan (underground).

PKR PENGKHIANAT MELAYU

Presiden PKR, Datin Sri Dr. Wan AzizahWan Ismail semasa ucapan dasar Presiden semasa Kongres Nasional Ke 7 parti tersebut baru-baru ini telah dengan lantang telah mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu, Institusi Raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.
Apakah beliau lupa bahawa selama ini melalui sistem inilah bangsa melayu boleh berdiri hampir sama tinggi dengan bangsa lain sebagai contoh dalam bidang pendidikan. Dengan wujudnya UiTM telah dapat melahirkan golongan melayu yang berpendidikan tinggi dan berkhidmat dalam sektor awam, swasta dan juga tidak kurang yang berjaya dalam perniagaan.
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Pahang juga telah melahirkan rasa dukacitanya diatas kelakuan segelintir rakyat dan orang melayu sendiri yang sanggup mempersoalkan perkara ini. Demi kepentingan politik dalam merealisasikan hasrat menjadi Perdana Menteri dan untuk menagih sokongan kaum lain mereka ini sanggup berbuat apa saja.
Rakyat Malaysia khususnya orang melayu harus sedar dengan permainan parti politik ini yang sememangnya berjuang untuk kepentingan individu dan keluarga bukannya untuk rakyat.