Rabu, 8 Disember 2010

Jangan terjerat politik sempit

MARAN - Rakyat diminta tidak terjebak dengan aliran politik sempit dan berbahaya yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, perkara itu disedari apabila terdapat pihak tertentu yang ghairah mempersoalkan perkara yang dipersetujui dalam Perlembagaan Negara termasuk berkaitan Perkara 153.

Menurutnya, lebih malang lagi ada dari kalangan orang Melayu yang mempersoalkan perkara itu sedangkan ia digubal untuk mempertahankan hak dan keistimewaan masyarakat kaum tersebut.

‘‘Orang Melayu perlu rasional menyokong mana-mana parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tertentu bagi mengelakkan mereka dijadikan batu loncatan untuk mencapai cita-cita songsang pihak lain.

sumber: Sinar Harian

warischenor: Dah berbuih mulut pemimpin-pemimpin kerajaan memperingatkan tentang perpaduan antara kaum dan hak keistimewaan orang melayu.... Rakyat khususnya orang melayu harus sedar dan tidak terpengaruh dengan dakyah daripada segelintir orang melayu yang tak ada sifat melayu, gila kuasa dan sanggup menggadaikan bangsa demi cita ke Putrajaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan