Rabu, 8 Disember 2010

PERTAHANKAN KEDAULATAN MELAYU

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.
“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.
sumber UM

warischenor - Rakyat Malaysia terutama kaum bukan melayu dan segelintir orang melayu yang tak mahu lagi jadi melayu harus sedar dan tidak lagi mempertikaikan perkara-perkara yang telah termakatub dalam perlembagaan negara. Apa lagi yang mereka mau... ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan